Powered By Blogger

Friday, February 4, 2011

....CONCENTRATED TRACE MINERAL DROPS.....


Adalah titisan mineral "TRACE" yang pekat dan mengandungi 44 jenis trace mineral yang seimbang dan mudah diserap; dimana mineral-mineral tersebut walau dalam quantiti yang amat sedikit tetapi amat penting didalam segala tindakbalas kimia badan kita. Tanpa mineral-mineral tersebut, badan akan cenderung mendapat penyakit.

MANFAAT?

Nyah Toksin dari darah
Nyah Toksin dari usus
Membekalkan tenaga bio-elektrik
Menguatkan tulang dan gigi

DARAH - sistem peredaran darah yang sihat, cegah kolesterol tingi, darah tinggi,tekanan darah rendah

USUS - menyihatkan sistem pembuangan serta mencegah masalah sembelit,buasir,barah usus atau kolon, najis berdarah

KOMPONEN ASAS BADAN - enzim, sel darah, kofaktor, hormon,vitamin yang diperlukan semua sistem badan

TULANG, SENDI & GIGI KUAT
RAMBUT DAN KULIT CANTIK

SISTEM BADAN - menguatkan sistem bio-elektrik, penghadaman dan ketahanan. Apabila sistem ketahanan badan kuat, badan pasti dicegah penyakit

MENGATASI STRESS -kesihatan badan lebih stabil untuk mengatasi stress

PRESTASI BADAN/STAMINA - ketahanan badan melakukan apapun aktiviti lebih berstamina dan kurang keletihan

REFLEKS MENTAL & FIZIKAL - penerimaan pengetahuan lebih baik, tidak kira usia. Bagus untuk IQ kanak-kanak yang bersekolah dan mereka yang belajar

PENYERAPAN NUTRIEN & SUPPLEMEN LAIN - dengan TM-1 semua makanan hariandan supplemen lain (seperti vitamin, royal jelly,aloe vera) diserap dengan lebih baik

CARA GUNA?

BEGITU MUDAH!!

Hanya titiskan dalam minuman seharian anda. Minuman panas atau sejuk.

Saranan pengambilan

DEWASA : 30-40 titis / sehari

KANAK-KANAK :
0-1 tahun = 3 titis / sehari
1-3 tahun =5 titis / sehari
3 - 5 tahun = 10 titis / sehari
5 - 10 tahun = 15 titis / sehari
10 - 15 tahun = 20 titis / sehari


Tambahkan dalam apapun minuman, makanan, masakan (sebagai perasa). Pengambilan berlebihan boleh menyebabkan cirit-birit.


ConcenTrace Trace Mineral Drops-Kunci Untuk Kehidupan

Panduan untuk mengguna produk TM-1.
Panduan ini berasaskan respon pengguna berikutan keberkesanan produk TM-1.
-------------------------------
Rabun dekat, rabun jauh dan penglihatan tidak bagus
Minum 15 titis TM-1, dua kali sehari: penglihatan akan menjadi lebih baik

Penyakit Alzheimer (nyanyuk)
Minum 15 titis TM-1, dua kali sehari: ingatan akan beransur baik

Penyakit kulit
Minum 18-20 titis TM-1 sebelum sarapan, dan sapukan TM-1 yang sudah dicairkan kepada kulit yang bermasalah.


Gatal kulitSapukan 40 titis/50ml TM-1 yang sudah dicairkan kepada kulit yang bermasalah gatal selepas mandi, rasa gatal akan hilang.

Kuku kelabuRendamkan kuku anda dalam air mengandungi
TM-1 yang telah dicairkan selama 20 minit

Kanak kanak yang cerewet tentang makanan
Tambahkan 3-5 titis TM-1 ke dalam susu, sup atau jus, ini akan membaik pulih selera.

Kurangkan berat badan
TM-1 adalah supplemen untuk orang yang mahu turunkan berat badan. Minum 30 titis setiap hari , ia akan bekalkan anda zat pemakanan yang memang kekurangan dalam diet anda.

Terseliuh pergelangan tangan dan buku lali
Ambil 20 titis TM-1, rasa sakit akan berkurangan. Sapukan di bahagian yang terlibat dan bengkak akan susut.

Melecur
Sapukan TM-1 ke bahagian badan. Ia akan menghentikan radangan dan kesakitan dan mencegah kulit menggelembung akibat melecur.

Untuk pemandu
Pemandu disarankan minum 30 titis TM-1 setiap hari. Anda pasti rasa lebih bertenaga dan tidak mengantuk.

Untuk mereka yang suka minum minuman beralkohol
Titiskan 20 titis TM-1 ke dalam minuman sebelum anda minum. Ia akan mencegah anda daripada muntah, sakit kepala dan sindrom “hang over”.

Pemutih gigi
Tambahkan 2-3 titis TM-1 kepada ubat gigi anda. Gigi anda akan lebih putih dan TM-1 mencegah masalah gusi berdarah (gingivitis) dan bertindak sebagai antiseptik
mulut.

Memutihkan kulit
Tambahkan beberapa titis TM-1 ke losen dan sapukan di tangan, badan dan kaki.

Untuk memasak
Tambahkan beberapa titis TM-1 bila anda memasak, anda akan menikmati masakan yang kaya dengan mineral dan bagus untuk kesihatan keluarga.

Untuk orang yang sihat
Tambahkan 5 titis TM-1 ke dalam 6 gelas air minuman anda setiap hari, menjumlahkan 30 titis TM-1 setiap hari. Dos sebenar adalah 1 titis untuk setiap 2 kilogram berat badan. Ia akan membantu anda memelihara kesihatan anda. Ia akan membekalkan nutrien yang anda kurang dalam diet anda.

Radangan dalam tekak
Minum 15 titis TM-1, di titiskan dalam minuman pagi sebelum sarapan. Kumur dengan air yang telah dititiskan dengan TM-1.

Ulser dalam mulut atau bahagian badan
Sapukan 15 titis di bahagian bermasalah ulser, ia akan mengurangkan sakit dan menyembuh ulser.

Sembelit
Tambahkan 10-15 titis TM-1 ke dalam 250 ml air dan minum selepas sarapan. Ia akan membersih perut dan mencegah sembelit.

Penyakit “Cervical Cerelebra”
Minum 10-15 titis TM-1, dua kali sehari (pagi dan malam). Sapukan TM-1 yang telah dicairkan (40 titis /50 ml air) di bahagian yang bermasalah. Ia akan melegakan anda dari rasa sakit.

Hipertensi dan tahap kolesterol yang tinggi
Titiskan 10-15 titis TM-1 dalam minuman atau teh SOD; tekanan darah anda akan berkurangan dan tahap kolesterol akan turun ke tahap normal.

Penyakit lazim/kurang mineral
Tambahkan 30 titis TM-1 setiap hari. Ia akan membantu melindungi anda daripada semua penyakit lazim.

Jangkitan/kegatalan dalam faraj
Cuci di kawasan terlibat dengan TM-1 dicairkan 30 titis/liter air. Ia akan menghentikan masalah radangan dan gatal dalam faraj.

Sakit perut dan abdominal
Minum 20 titis TM-1 dalam 50 ml air; rasa sakit akan hilang secara serta merta.

ANALISA SEL DARAH


Foto sel darah pesakit sebelum dan selepas meminum TM-1

Ulasan FOTO 1- Sebelum minum TM-1.  Sel darah merah kelihatan tersusun dalam gulungan dan bergumpal. Terdapat tompok putih iaitu tisu lemak yang membalut sel yang bergumpal. Susunan sebegini mengurangkan keupayaan darah mengangkut oksigen ke paru-paru dan mengurangkan kebolehannya untuk membebaskan oksigen pada peringkat bersel.

Ulasan FOTO 2- Selepas 1 jam meminum 20 titis TM-1Perhatikan bahawa setiap sel tersebut terapung bebas dan nampak jelas bentuknya. Mineral dalam TM-1merangsangkan daya hidup sel dengan meningkatkan kecekapan mengangkut oksigen dan mengurangkan risiko penyakit kemerosotan.

10 Sebab Mengapa Memilih Trace Mineral Drops (TM-1)

Kini begitu banyak produk supplemen mineral di pasaran. TETAPI Concentrace Mineral Drops (TM-1) lebih unggul dalam pelbagai aspek, dibandingkan supplement mineral lain.

1) LengkapTM-1 terdiri dari makro-mineral (magnesium, kalsium, potassium, klorida, sulfur) dan mikro-mineralnya adalah kromium, iodin, mangan, selenium dan zink, membekalkan sekita 44 jenis mineral. In menjadikan TM-1 supplemen mineral yang terlengkap.

2) IonikIonik bererti bercas positif dan negatif. TM-1 dititis dalam air akan memecah menjadi bentuk terkecill iaitu ionik mumudahkan ia diserap oleh tubuh.

3) Bersih/SuciTM-1 diekstrak dari Tasik ‘Great Salt Lake’, Utah, USA. Kadar garam tasik itu begitu tinggi sehingga tiada kehidupan bakteria. Berbataskan gurun sehingga tidak berpenduduk (bebas pencemaran).

4) Alami (natural)TM-1 bukan hasil buatan makmal.TM-1 semata mata air tasik yang telah dibuang 99.5% garammnya. (Tiada tambahan pewarna, pengawet, perasa tiruan). TM-1 adalah 100% alami. TM-1 tidak perlu pendaftaran Kementerian Kesihatan Malaysia.

5) SeimbangTM-1 bukan sahaja lengkap, juga seimbang. Ini penting kerana mineral dengan lainnya dapat saling menarik atau menolak dan menciptakan suatu keseimbangan dinamik, membantu pengangkutan makanan dan arahan pusat saraf badan.

6) PekatTM-1 adalah 55 kali lebih pekat daripada kandungan mineral air laut. Kepekatannnya begitu tinggi, dibandingkan produk supplemen mineral lain.

7) MemudahkanTM-1 mudah digunakan – hanya titiskan dalam makanan/minuman/masakan anda. (Dewasa 30 titis sehari. Kanak-kanak – 1 titis setiap 2kg berat badan). Juga mudah dibawa kemana-mana kerana saiz botolnya yang kecil

8) Multi fungsiTM-1 bermulti-fungsi dalam meningkatkan kesihatan badan:

Meningkatkan daya tahan daripada infeksi kuman/virus.
Meningkatkan transmisi impuls saraf yang lancar
Memangkinkan pembentukan sel baru
Meningkatkan metabolisme badan
Meningkatkan tenaga & kevitalan
Memelihara kulit & rambut
Menguatkan gigi dan rangka badan

9) Harga wajarHarganya wajar memungkinkan segala lapisan masyarakat mengamalkannya.

10) Terbukti Beribu testimoni dari benua Amerika hingga Asiamembuktikan TM-1 membantu kesihatan kita.


MINERAL ADALAH ZAT ASAS YANG DIPERLUKAN MANUSIA SEBANYAK 5% UNTUK MENJAMIN KESIHATAN KITA

Fakta Mineral

( 1 ) Lima peratus daripada berat badan manusia terdiri daripada mineral yang juga adalah pemangkin untuk semua fungsi utama badan. Vitamin tidak boleh digunakan tanpa kandungan tertentu mineral. Mineral membantu pengangkutan nutrien ke dalam sel. Darah dan bendalir tisu mesti mengekalkan imbangan pH dan mineral yang bertanggungjawab untuk mencegahnya daripada menjadi terlampau asidik atau alkali. Walaupun terdapat sedikit perbezaan dalam kepekatan darah dari segi kandungan kimianya, ia boleh mengakibatkan kesan sampingan yang teruk. Semua mineral bekerja secara sinergi antara satu sama lain dan membantu membawa tenaga elektrik atau sistem mesej saraf di seluruh badan. Tahap keseimbangan mineral dalam badan adalah pengukur beza antara mereka yang bertenaga dan tidak sihat

( 2 ) Apa yang kita makan, bagaimana makanan disiapkan dan bagaimana atau dimana tanaman itu ditanam menentukan bekalan mineral. Kehidupan manusia memerlukan semua mineral untuk memerlukan fungsi badan yang sihat. Makanan yang benar-benar semulajadi tumbuh di persekitaran semulajadi tentunya mengandungi pelbagai trace mineral. Kaedah teknologi perladangan moden tidak lagi menghasilkan makanan yang yang mengandungi trace mineral yang berkualiti lagi. Sebaliknya, makanan moden sangat kurang kandungan mineral dan ini menyebabkan kesihatan yang menurun dan memudaratkan pada masyarakat kita. Manusia terlibat dengan evolusi makanan semulajadi dan sekarang merasakan akibatnya. Tanah pertanian kita tidak mampu memberikan rantai makanan trace mineral yang berkualiti. Tanah sakit, tanaman sakit, orang sakit !

( 3 ) Penyakit baru : ketidakseimbangan mineral. Pakar menganggarkan bahawa 90% manusia mengalami ketidakseimbangan dan kekurangan mineral. Jika anda terdiri dalam peratusan ini, tidak kira disebabkan selalu bersenam, stress ataupun diet yang berlebihan dengan pengambilan makanan yang diproses, makanan yang kurang zat, maka tubuh anda akan sukar untuk memperbaiki keadaan tersebut, yang biasanya mengakibatkan mudah lapar, kekejangan otot dan mudah letih. Kajian saintis menjelaskan bahawa semua trace mineral mestilah terkandung dalam makanan untuk mencegah daripada sistem imun yang lemah dan berpenyakit. Makanan zaman sekarang amatlah kurang kandungan mineralnya.

( 4 ) Kemana perginya semua mineral ?. Kebanyakan trace mineral berlimpah dalam tanah pada zaman dahulu telah terhakis menuju lautan. Di laut, mineral tersebut didapatkan dalam perkadaran yang sesuai, sama seperti perkadaran asas yang didapati dalam tubuh yang sihat. Bahkan kini air laut dengan pengekalan kehidupan ini tidak dapat diciptakan kembali oleh ilmu sains, semua unsur penting untuk menyokong kehidupan manusia adalah bercas ionik dan dalam keseimbangan yang sempurna untuk diserap kedalam sel tubuh anda. Dalam beberapa laut pedalaman yang wujud bertahan, seperti tasik Great Salt di Amerika Utara bahagian barat, mineral-mineral penting ini didapati dalam kepekatan yang tinggi dan perkadaran yang baik. Fakta bahawa mineral tersebut dalam perkadaran yang sama dengan jirim kehidupan yang sihat adalah kunci dan keseimbangan mineral dan trace mineral dalam air laut yang kompleks inilah menjadikannya begitu bermanfaat untuk tubuh manusia.


Soalan - soalan lazim

1) Apa kesan sampingannya? Bolehkah mengamalkan TM-1 dalam jumlah yang banyak ?
Jika anda belum biasa mengambil supplemen makanan yang berspektrum penuh dan badan mudah peka/sensitif kepada supplemen, sebaiknya anda memulakan minum TM-1 secara berperingkat. Tidak seperti vitamin yang boleh bertambah peningkatan racun dalam tubuh anda, Trace Mineral tidaklah berbahaya. Semua mineral adalah dalam bentuk semulajadi dan boleh digunakan oleh tubuh tanpa risiko pertambahan racun. Hanya satu tindakbalas yang mungkin terjadi selepas pengambilan TM-1 yang banyak iaitu kerap membuang air kecil selama satu atau dua hari. Tubuh akan menyerap apa yang diperlukan dan membuang yang tidak perlu. Mesti diingati, minumlah banyak air, 8-10 gelas minima setiap hari.


2) Berapa lama anda akan merasakan manfaatnya ? Bolehkan produk ini memberikan / membantu penyembuhan penyakit tertentu ?Ini merupakan soalan yang sukar untuk dijawab secara tepat. Tubuh setiap orang begitu berbeza, dengan kekurangan trace mineral yang berlainan. Bahkan TM-1 tidak begitu luar biasa bagi seseorang yang pertama kali meminumnya untuk mengetahui manfaat dengan beberapa titisan pertama sahaja. Manfaat awal yang sering orang ceritakan adalah peningkatan tenaga, dan ramai yang mengalami manfaat besar setelah mengamalkannya berterusan. Berkenaan dengan penyembuhan pada penyakit-penyakit tertentu, perundangan negara tidak megizinkan sebarang tuntutan ke atas produk kesihatan. Adalah menjadi falsafah bahawa tubuhlah yang dapat menyembuhkan - namun hanya dapat dilakukan ketika keperluan asas nutrien dipenuhi."Berikan tubuh anda nutrien yang diperlukan dan pemulihan tubuh akan terjadi dengan sendirinya". Ini merupakan falsafah pada TM-1, kami tidak menyembuhkan tubuh, namun kami menggunakan kebaikan alam untuk membantu tubuh memulihkannya sendiri. Cuba dan rasakan BEZANYA !


Saranan penggunaan:20 - 40 titis sehari, dititiskan dalam jus atau air. Sebaiknya, setitis untuk setiap berat badan 2 kg (daripada kanak-kanak 1 tahub keatas sehingga orang dewasa). Ia menyedapkan rasa air RO (reverse osmosis) menyahion atau air suling. Tambahkan 20 - 40 titis setiap gelen air untuk mendapatkan rasa air mineral yang mahal


3) Apakah tindakbalas yang akan saya alami jika saya juga dalam rawatan perubatan lain ?TM-1 hanya mengandungi mineral ionik semulajadi yang tidak akan menganggu pengambilan supplemen atau program perubatan lain. Sebaliknya TM-1 membantu penyerapan makanan, perubatan moden atau tradisional akan bekerja lebih cepat dan efisien. Mereka yang dalam rawatan perubatan sebaliknya tidak menghentikan perubatan semasa mengamalkan TM-1 kerana TM-1 merupakan supplemen makanan, bukan ubat.


4) Bagaimana dengan proses penghasilannya ?Tasik Great Salt Amerika Utara Bahagian Barat merupakan laut pedalaman yang tertua di dunia. Ia adalah sisa Zaman Ais besar yang terakhir, Tasik Great Salt teleh mengumpulkan mineral dan trace mineral daripada pergunungan berbatu-batan di sekitarnya selama berpuluh-puluh ribu tahun. Hasilnya adalah perairan yang kaya dengan nutrien yang mengandungi lebih dari 70 mineral dan trace mineral ionik, enam hingga sepuluh kali lebih pekat daripada air laut biasa - dan setelah dikaji mengendungi perkadaran mineral dan trace mineral yang sama dengan bendalir tubuh manusia. Dari sumber inilah mineral dan trace mineral TM-1 diperolehi


Asal usul Tasik Great Salt dapat dikesani kembali kepada tasik purba Bonneville yang menutupi hampir semua wilayah Utah bahagian barat dan bahagian kecil Idaho dan Nevada semasa Zaman Ais. Pada musim kemarau yang panas setelah Zaman Ais, Tasik Bonneville surut dan Tasik Great Salt menjadi sisa dari tasik purba tersebut. Tasik Great Salt merupakan badan air laut yang terbesar dan terpekat di dunia. Setiap musim sejuk, purata 500 inci salji jatuh ke pergunungan yang mengelilingi Tasik Great Salt Lake. Pada musim luruh, air salji mencair sekaligus melarutkan mineral dari tanah dan batu batan dan dibawa ke tasik yang tiada pengaliran keluar. Matahari pada musim panas di Utah membuat air tasik mengewap dan meninggalkan mineral di dalamnya. Hanya terdapat plankton kecil (brine shrimp) yang dapat bertahan dalam tasik yang mengandungi kadar garam begitu ekstrem. Plankton-plankton ini memakan bakteria yang terdapat dalam tasik lantas membersihkan air tasik.


Kekuatan alam telah menciptakan sebuah tasik yang mempunyai mineral yang pekat iaitu hingga enam hingga sepuluh kali lebih pekat dari air laut. Kerana tasik ini mempunyai kepekatan tinggi secara semulajadi, MRI (Mineral Resources International di Utah) tidak perlu menggunakan proses kimia apapun untuk memperolehi atau menghasilkan mineral. MRI hanya meneruskan proses yang telah dimulakan alam. Dengan memanfaatkan spesifikasi dinamik pada setiap 4 musim, MRI seterusnya memekatkan air tasik tersebut dan membuang 99% sodium darinya. Hasilnya adalah keseimbangan mineral yang sempurna.


Untuk menghasilkan sebotol Trace Mineral Drops, ia memerlukan purata selama 2 tahun proses penyejatan 4 musim di kolam sejatan buatan manusia yang terletak di bahagian utara tasik, untuk mineral dan trace mineral sampai ke tahap imbangan yang betul. Dalam proses ini MRI secara rutin menjalankan ujian untuk memastikan ia mencapai kepekatan dan keseimbangan yang optima. Hanya apabila faktor faktor ini dalam paduan yang sempurna dan mematuhi kepiawaian MRI, barulah mineral ini diambil untuk dibotolkan.


5) Adalah ianya HALAL ?
Trace Mineral adalah produk semulajadi dan mendapat pensijilan HALAL yang dikeluarkan oleh INFANCA di Amerika.
Buat pengetahuan tambahan, kami juga adalah satu-satunya PENGEDAR TUNGGAL produk Trace Mineral dari Mineral Resources International, USA untuk pasaran Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei malah merupakan salah satu pemegang saham di Mineral Resources International, USA
SUMBER ASAL SUPLEMENT INI ADALAH DARI....


....Great Salt Lake di Utah USA...

Untuk Maklumat lanjut, klik sini


No comments:

Post a Comment